Isnin, 11 Jun 2012

Nasoha: Dari Pelajar Universiti kepada Jutawan Internet



Nama saya adalah Mohd Nasoha dan kebanyakan orang memanggil saya dengan panggilan "Soha" atau "Nasoha". Saya berasal dari Klang, Selangor. Mungkin ada anda diluar sana belum mengenali siapa diri saya. Jadi, tidak salah untuk saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Tahun 2011 ini, usia saya baru mencecah 25 tahun. Saya memulakan perniagaan internet adalah pada tahun 2008 dan ketika itu masih seorang pelajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Disebabkan latar belakang keluarga kurang berada, saya berdikari untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk terus hidup di kota metropolitan. Dalam kesibukan dengan perniagaan sendiri, namun pelajaran tidak saya abaikan. Syukur kerana saya berjaya graduate pada tahun 2009 dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.



Selepas konvo, saya belum lagi pernah bekerja. Hanya menjadi penganggur sepenuh masa dan biarkan sistem internet saya menjana wang untuk saya. Ini adalah realiti kerana saya akan buktikan kepada anda. Dalam industri perniagaan pula terutamanya MLM, saya bermula sejak tahun 2004 lagi. Lebih dari 10 syarikat MLM yang telah saya sertai, ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. TETAPI, saya belajar sesuatu yang amat berharga. Iaitu ilmu perniagaan.

Dalam perniagaan internet, telah banyak saya mengaut keuntungan besar sama ada dengan program affilate, pay-per-click seperti Google Adwords & Bidvertiser, malah juga dalam perniagaan MLM. Pada saya, perkara yang sangat menyeronokkan adalah dengan internet kita boleh mencipta para pekerja kita dan merekalah yang bekerja mencari duit untuk kita. Mereka bekerja 24 jam sehari tanpa ada cuti, dan gaji mereka yang kita perlu bayar dalam anggaran tak sampai pun RM100. Tetapi, mereka (sistem) yang membuat duit untuk saya sehingga 5 angka sebulan.

Inilah sistem yang hebat pernah saya jumpa di internet. Saya di VeMMA adalah bermula dengan zero modal. Maklumlah, ketika saya sedang mencari bahan di internet untuk siapkan assignment dan terjumpa iklan bisnes VeMMA. Saya mencuba dan fahamkan betul-betul. Namun, hanya selepas 2 bulan barulah saya tahu konsep sebenar perniagaan VeMMA ini.

Kini, saya adalah usahawan VeMMA sepenuh masa . Hanya dengan internet dan ditambahkan pula dengan kuasa pemasaran vemmabuilder, ini telah terbukti untuk saya tidak bekerja selepas tamat belajar . Seawal usia 23 tahun, ketika rakan-rakan saya yang lain sibuk mencari pekerjaan, saya sudah pun mempunyai satu platform yang sempurna dalam menjana pendapatan. Ini semua adalah kerana saya mengambil tindakan bijak tepat pada waktunya untuk memilih perniagaan yang sesuai dengan diri saya. Apatah lagi, sistem VeMMA dan vemmabuilder paling banyak membantu saya untuk berjaya.

Segalanya perlu bermula. Jika tidak bermula, kita takkan ke mana. Teringat dahulu kala ketika mahu memulakan perniagaan VeMMA ini. Dengan masa yang kurang mengizinkan serta ketiadaan modal, saya tetap memulakan dan meneruskan perniagaan VeMMA ini dan tercari-cari satu sistem atau formula lengkap untuk berjaya. Alhamdulillah, hampir setiap hari saya menemui ilmu baru dan teknik baru di internet.



Semua ini adalah kerana usaha. Dalam 4 bulan sahaja saya telah mencapai Diamond Leader dan 4 bulan selepas itu, saya mengecapi Platinum Leader yang termuda di Asia. Alhamdulillah, sejak bulan ke-5 di VeMMA, saya telah merasa pendapatan 5 angka dan terus-menerus setiap bulan sehingga kini. Apa yang seronoknya, pencapaian saya dalam perniagaan ini akan saya simpan sebagai sumber inspirasi kepada usahawan VeMMA yang lain. 6 bulan selepas itu, saya terus membuktikan dengan bantuan sistem hebat darivemmabuilder, saya mengorak langkah lagi, kali ini menerima Award Star Platinum di Asia serta menduduki carta Top 10 Leaders di Asia. Dan secara rasminya saya bergelar VIP dalam VeMMA Malaysia.



Dalam masa 1 tahun bersama VeMMA, telah banyak mengubah nasib hidup saya. Siapa sangka rangkaian saya merebak ke seluruh dunia. Tak terlintas dek akal saya, hanya duduk dirumah depan laptop saja saya menerima customer dari Singapura, Indonesia, Brunei, Taiwan, Japan, Australia, United Kingdom dan paling tak sangka ada dari USA. Kejayaan saya bukan setakat di arena tempatan, malah juga diiktiraf di peringkat Antarabangsa. Siap masuk dalam carta World Top Leader Success Story.

Tiada ulasan: