Isnin, 11 Jun 2012

Aku Tidak Ada Bukti, Tetapi Ramai Yang Ada


Sememangnya aku tidak ada bukti untuk ditunjukkan kepada sesiapapun tentang keboleh-jayaan perniagaan ini kerana aku sendiri masih baru. Ya, aku masih baru..!! Aku tidak malu untuk mengaku yang aku masih baru dan aku belum menempa apa-apa kejayaan untuk dijadikan bukti bagi mendorong dan mempengaruhi anda-anda semua untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini. 

Tetapi dengan keyakinan aku terhadap peluang dan prospek perniagaan ini, aku ingin mengajak ada semua yang membaca blog ini untuk sama-sama mencuba dan melibatkan diri dalam perniagaan ini kerana bukti-bukti sebenar kita boleh lihat dan perolehi melalui orang-orang yang telah lama menyertainya. Semakin kita lambat dan menangguhkan penglibatan kita, semakin lambatlah kita mendapat hasilnya. Itulah yang aku percaya dan kerana itu aku dengan seboleh-bolehnya ingin anda semua segera menyertainya.

Utusan Malaysia, 28 Ogos 2010
Aku pada mulanya juga ragu-ragu dan takut untuk menyertai perniagaan ini. Aku hanya menjadi yakin apabila aku mula meneliti dan melakukan kajian terhadapnya. Melalui kajianku, aku dapati VeMMA sebenarnya telah banyak kali disiarkan di majalah-majalah dan akhbar-akhbar tempatan di negara kita. Kerana itu, aku berpendapat, perniagaan ini adalah suatu yang serius dan diikhtiraf kerajaan dan undang-undang Malaysia. Maksud aku, perniagaan ini bukanlah suatu penipuan. Setelah itu, kajian aku membawa kepada pembacaan testimoni-testimoni mereka-mereka yang berjaya dalam perniagaan VeMMA. Aku bukan sahaja bertambah yakin dengan perniagaan ini, malah keinginan dan semangat aku membara untuk turut serta dan seterusnya mengecapi kejayaan seperti mereka semua.




Semestinya bukti-bukti berbentu fizikal kebendaan, harta dan kemewahan serta kesenangan hiduplah yang paling mudah untuk kita percayai. Dan oleh kerana aku belum memiliki semua itu kerana aku juga baru sahaja bermula; maka dari masa ke semasa aku akan updatekan di blog ini tentang individu-individu yang telah berjaya di dalam perniagaan VeMMA ini. Semoga semua ini adalah untuk memotivasikan lagi diri aku dan menjadi pendorong agar aku terus berusaha keras mencapai impian dan matlamat yang aku tetapkan.

Harapan aku agar, anda-anda yang membaca blog ini akan turut sama terdorong dan mendapat semangat untuk turut menyertai dan melibatkan diri dalam perniagaan ini.

Bagi aku; perniagaan internet seperti VeMMA ini, kata kuncinya untuk berjaya adalah, kita hanya perlu berani mencuba.

Tiada ulasan: