Ahad, 24 Jun 2012

Mindset Seorang Usahawan



Tetapi walaupun beliau sudah menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama beliau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja.
Maka berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau mengambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangkutan. Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau berjaya menempuh segala halangan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perniagaan beliau.
Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumiputera yang terbesar dan berjaya di negeri Melaka. Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan perniagaan membawa masuk mesin-mesin besar dari luar Negara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau?
Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja… “usaha dan disiplin yang kuat”.

Adakah Perniagaan Satu Perkara Luar Biasa?

Ini hanya salah satu cerita kejayaan yang kecil saya kongsikan. Sebenarnya jika kita rajin membaca surat khabar atau majalah bisnes yang lain, anda akan memperolehi pelbagai lagi cerita-cerita kejayaan yang menarik untuk kita renungkan dan jadikan satu inspirasi serta motivasi dalam kita melangkah ke dalam dunia keusahawanan.
Keusahawanan atau perniagaan kini bukan lagi satu perkara yang luar biasa bagi masyarakat Malaysia. Hampir setiap individu ingin terlibat di dalam dunia keusahawanan. Malahan jika kita rajin membaca akhbar, kerajaan telah memberi galakan yang besar dan menyediakan dana yang besar bagi mendorong dan memberi sokongan kepada generasi muda menceburi bidang perniagaan.
Selain itu, hampir kesemua media “baru” (internet) telah dipergunakan secara maksima oleh generasi-generasi yang celik IT untuk melakukan promosi dan aktiviti pemasaran perniagaan mereka.
Jika dahulu perniagaan adalah satu perkara “taboo” atau “menakutkan” bagi kaum melayu, hari ini segala mitos itu lenyap ditelan oleh perkembangan dunia kehidupan yang semakin canggih, sistematik dan sentiasa berevolusi.
Hari ini semua orang cuba ingin menceburi bidang ini. Bagaimanapun, berjaya atau tidak sesebuah perniagaan yang diceburi itu masih banyak bergantung kepada pelbagai faktor.

Sikap Para Usahawan Adalah Penentu Kejayaan

Bidang keusahawanan bukan satu bidang yang hanya berdasarkan nasib, takdir, atau perjudian; sebaliknya keusahawanan adalah satu pakej kemahiran yang jika dikuasai akan menentukan faktor kejayaan seseorang individu itu didalam bidang ini.
Sikap yang positif
It is your attitude more than your aptitude that determines your altitude.- Brian Tracy
Cerita Hj Said yang dikongsikan di atas tadi menjadi bukti bagaimana satu faktor penting yang perlu ada di dalam diri seorang individu untuk berjaya di dalam bidang perniaganaan.
Pepatah ingeris mengatakan “Attitude determines altitude”. Sikap itu penentu kejayaan.
Sikap adalah satu faktor paling penting di dalam menentukan tahap kejayaan seseorang di dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi. Malahan di dalam kebanyakan cerita kejayaan ikon-ikon besar di dunia perniagaan, sikap merupakan rahsia kejayaan mereka. Disiplin, tabah, berani, berfikiran positif, fokus, bercita-cita besar dan pelbagai lagi sikap-sikap lain yang perlu dimiliki oleh bakal-bakal usahawan mahupun mereka yang sudah berada di dalam landasan perniagaan.

Jangan Jadikan Duit Penghalang Utama

Saya teringat satu ungkapan menarik seorang usahawan sejati dari Indonesia iaitu Bob Sadino (Buku: Kalau Mau Kaya Ngapain Sekolah!) tika ditanya adakah beliau pernah mengalami kegagalan dalam usaha.
Beliau menjawab; “Ini pertanyaan yang lucu…kegagalan itu sudah termasuk dalam usaha. Cari risiko bererti cari kegagalankan? Berusaha itu modalnya bukan duit. Duit itu nombor keseratus kali!”.
Kesalahan pertama usahawan muda kita adalah menjadikan duit sebagai penghalang besar kepada usaha memulakan perniagaan. Mereka menjadikan duit sebagai proses pertama di dalam melangkah masuk dalam dunia perniagaan. Sebaliknya mereka lupa bahawa pembentukan sikap yang betul atau sikap seorang usahawan perlu dibangunkan dan dijana sebelum mereka menjadi seorang usahawan berjaya.
Jika duit adalah penentu nombor satu kejayaan di dalam keusahawanan, kenapa terdapat ribuan peminjam dana perniagaan dari badan seperti PUNB, MARA TEKUN dan sebagainya yang bungkus dan gulung tikar walhal telah memperolehi duit atau modal untuk memulakan perniagaan?
Kerana itu di dalam kelas-kelas motivasi perniagaan, penceramah melaungkan kata-kata bahawa sikap adalah penentu kepada kejayaan perniagaan mereka. Untuk berjaya sikap yang betul menentukan tahap kejayaan usahawan tersebut.

Bukan Sekadar Sikap, Mindset Juga Perlu Betul

Tetapi sebagai seorang pengamal Neuro Lingkustik Programming (NLP), sikap belum cukup penting kerana sikap hanyalah hasil yang terjelma dari dalam diri kita. Sebenarnya, mentaliti, kepercayaan, gaya berfikir dan mindset yang dimiliki oleh seseorang individu itulah yang menentukan sikap diri atau personaliti individu tersebut.
Mindset Seorang Usahawan
Mindset yang betul menghasilkan sikap yang betul. Pemikiran yang negatif melahirkan sikap yang negatif. Mentaliti mengharapkan bantuan sahaja yang dimiliki oleh usahawan kaum melayu menjadikan seorang usahawan yang lemah daya saing berbanding usahawan kaum cina yang bermentalitikan “survival mindset” iaitu semangat juang di dalam perniagaan mereka.
Kerana itulah saya menekankan pembentukan cara berfikir atau mindset seseorang individu yang baru melangkah ke alam perniagaan adalah sama penting dengan kemahiran (skill) lain yang perlu dimiliki oleh seorang peniaga seperti kemahiran kewangan, strategi pemasaran, kemahiran menjual dan sebagainya. Meninggalkan salah satu faktor asas ini hanya meningkatkan risiko kegagalan seseorang usahawan.
Jadi kepada bakal atau meraka yang sudah menjadi usahawan, apa yang anda tunggu lagi? Program semula pemikiran dan mentaliti anda, supaya anda memiliki satu senjata ampuh apabila anda melangkah di dalam dunia perniagaan!

Tiada ulasan: