Jumaat, 6 Julai 2012

GL Suzie Shuib Berhenti Kerja Kerana Jatuh Cinta dengan VeMMA


Bismillahhirohmanirrohim, Assalamualaikum. .. Untuk semua sahabat yg dikasihi.. specially semua UV Team yg lama dan yg baru,.. Salam Sejahtera Kpd Anda semoga berada di dalam Keberkatan Ilahi.


Saya kenalkan diri saya terlebih dahulu , Saya Suzie, Kini menetap di Klang, Sya skrg dah jadi Fulltime Mak, bak kata DL Roslila.  Terlebih dulu jutaan terima kasih yg tk terhingga kepada Sifu2 yg banyak membantu dan membimbing saya, iaitu Star Exctv Kak Hasmi,  PL Rasyihah…yg tak pernah jemu2 memberi tunjuk ajar kepada sya hingga ke hari ini. TQ so much jemput sya buat sharing mlm ni.


Sya mula mengenali Vemma melalui anak perempuan Sya,  seingat sya, tahun lepas, awal bulan Januari , balik aja dari kerja tk sempat sya nk mandi,  dia terus cerita psl Vemma… Cara dia cerita punya lah excited, sampai saya mula fikir..biar betul budak ni..bila masa pulak dia ni terjebak dgn MLM… Sya memang sceptical dgn MLM, terus terang kalau ada yg bercerita ttg biz  larut malam ni sya akan undur diri secara baik…… kalau nampak dari jauh , kawan yg kita chop MLM tu.. saya dah siap mengelak cari jalan lain….hehehe.. maaf ye..


Dari anak saya lah, dengan izin Allah saya mula mengenali apa itu Vemma.. Setiap kali dia balik dari rumah kawan dia… ada aja cerita yg dia nk share dgn sya… sampai sya naik jemu… dia mula cerita ttg mak kawan dia yg berjaya.. kerja senang dok kt rumah je tk perlu susah2 mcm sya..pergi matahari tk naik lagi..balik matahari dah hilang…Anak2 dah besar, memang dia org merungut tetang rutin kerja saya… yg sibuk memanjang… 


Kerjaya sebagai Exctv Oficer nak kena monitor staff2 adalah satu beban tugas yg berat, kalau lambat atau salah staff buat kerja,  sayalah yg akan menjawab depan Boss. Percayalah  makin tinggi jawatan kita makin beratlah beban yg kita tanggung.. anak2 dah tentulah tk faham , bukan pilihan kita utk jadi mcm tu.. semuanya kita buat utk anak2.. kalau diberi pilihan, tidak ada siapa sanggup nk kerja teruk mcm tu.


Hingga pada suatu hari, sya pengsan ditempat kerja, setalah buat pemeriksaan di klinik yg berdekatan, Doc kata tekanan darah tinggi sya 160/90… Dia suruh saya balik dan cuti 2 hari… memang keadaan sya masa tu teruk… sekeliling sya terasa gelap, kepala sakit dan badan mengigil. Sebelum ni memang tak ada penyakit ni dan penyakit keturunan pun tak ada, Doc kata ini mungkin terlebih stress.. tapi kalau berterusan ,memang bahaya pada sya.. kalau naik lagi tekanan darah tu, berkemungkinan utk saya ditahan di wad adalah pasti.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, masa sedang bercuti sakit tu..Sya ada masa dengan anak2.. dan masa tu lah anak sya ambil kesempatan, dia on9 dan sogok saya dengan Vemma… nak tak nak sya dengar.. bermula dari situ.. tak yah di desak oleh anak.. saya sendiri yg buat research tentang Vemma… Company Hebat, Produk Hebat, Bonus Hebat dan yg paling penting HALAL… Subhanallah, sya mula terfikir.. ini kah peluang yg Allah nak bagi, seperti yg saya mintak dlm doa? Boleh kerja sambil pantau anak2.. tengok anak2 membesar, jalani rutin hidup mcm org lain yg boleh pergi kenduri, tk perlu kena kutuk dgn saudara2 ..dah di chop muka yg susah nk datang kenduri psl sibuk.. Bermula dari situ sya jatuh cinta dengan Vemma… Alhamdulillah..


Yakinnya saya pada  Vemma tanpa penerangan dari enroller, semuanya adalah dari pembacaan sya dri blog2 dan website2 tanpa ada sedikit pun bantuan dari enroller. Rezeki Allah, sedang bercuti sya terima panggilan offer utk berkerja di syarikat lain, gaji berganda dari yg saya ada… kalau nk fikirkan pasal duit sampai bila sya nk jadi hamba duit.. itu kata hati saya…Boss syarikat tu memang kenal rapat dengan sya… Sya mintak tempoh… Masa tu kepala tengah berserabut dok fikir..mana satu yg saya nak ambik ni… Kerja yg ada,  saya dah tk nampak, yg saya nampak Vemma dengan offer baru ni…


Besoknya sya masuk office masih dalm cuti sakit, dan letak surat resign, Sya cakap kat boss, Sya nk rehat kat rumah, tak mampu nk kerja lagi…Walau pun boss susah nk lepaskan, Alhamdulillah semunya dipermudahkan, sya mintak jasa baik Boss, utk  tolak  cuti yg sedia ada byk yg tk digunakan,  so tk perlu  saya pergi office lagi lepas ni.. dengan rasminya sya berhenti … hari yg sama, sya pergi office yg offer kerja, saya tolak offer dia dengan baik.. 


Baliknya sya terus upgrade Ultimate, masa tu Diamond belum ada lagi ye. tanpa perlu upline saya bersusah2 nk terangkan pada saya, sya tk pernah jumpa enroller atau bercakap dengan beliau.… Alhamdulillah suami sya jenis yg support, dia tengok saya buat research dia pun yakin dengan sya. Produk yg saya dapat, saya  agih-agihkan pada mak abah, mertua dan saudara mara yg memerlukan. Niat sya.. kalau sya dapat bantu mereka sembuh dari sakit denga izin Allah…Sya rasa bersyukur sangat..


Bermulalah episode bekerjaya dirumah, Sya tidak mendapat guide dari upline saya, Upline saya berhenti membuat Vemma.. Bak kata PL Arshad Daza, berkubur tanpa nesan.. 5 bulan saya sendiri2 tapi mungkin masa tu sya pun tak tahu yang bisnes vemma perlu buat berkumpulan.. tak de guide mcm mana nak tahu kan? Sya buat blog sendiri… pendek kata semuanya sendiri lah… hingga pada satu hari… sya terbaca dekat satu website..Vemma ni kerja berkumpulan.. kerja sorang2 tkkan jadi…Masa tu saya nampak nama Mr Damrong, Sya pun add dia kt skype… dari situ permulaan sesi soal jawab dgn Mr Damrong… titik tolak dari situ.. Sya dapat berhubung dengan PL Rasyihah.. Jumpa beliau dekat HQ.. dia yg byk memberi bimbingan. Masa tu bila training kalau ada dia, mesti saya hadir… Kalau tk jumpa, dengar suara dia kt webinar pun dah buat sya teruja…hehehe.. Luv you Syihah…

Dari situ juga sya kenal Kak Hasmi, Alhamdulillah byk memberi tunjuk ajar yg tak pernah jemu2 kepada sya…Diam tak diam dah 1 tahun 2 bulan saya di Vemma. Sya tak pernah berputus asa. Alhamdulillah , walaupun cabaran saya besar, sya tidak mendapat apa2 sumbangan spillover, sya harus bekerja keras 4- 5 kali ganda dari anda semua yg ada spillover diatas anda… tapi itu bukan alasan utk sya gagal di sini… Kalau saya terus mencongak2 masaalah dan berkeloh kesah apa yg sya dapat??Sya bersyukur sangat walau pun diabaikan upline tapi dengan izin Allah kerana beliaulah saya berada disini… dan berpeluang berkenalan dengan anda semua di Vemma.. Alhamdulillah.


Pada yg ada enroller tu bersyukurlah… ambik peluang plugin dgn enroller, share segala masaalah, enroller tk tahu kalau anda tk cerita.. jgn lah tunggu enroller je yg bertanya, lama2 enroller pun boleh giveup, mcm anda tk serius nk berjaya… 


Masyaallah beberapa bulan ni, sya terkejar2 nk menjawap panggilan prospek, huru hara kejap hidup sya.. Alhamdulillah berkat pertolongan Star Exctv Kak Hasmi yg tk jemu2 nak bantu sya, dah ada peningkatan dalam biz dan juga hidup sya.. selama ni sya tk berani nk bercakap dengan prospek… bukannya takut.. masa tu sya mungkin rasa.. segan… rasa tk boleh terima kalau direject.. rasa mcm2 rasalahhhh… .. 


Alhamdulillah sekarang sya lebih yakin, Sya sedar saya memberi peluang pada org lain utk jadi seperti saya atau utk jadi lebih baik lagi dari sya, jadi kenapa sya perlu segan??.. kalau dia nk ubah hidup, dia yg patut ambik peluang ni..kalau tk nak..sya tk rugi apa2 pun… Tidak ada manusia yang boleh melawan ketentuan Allah SWT. Yakinlah sahabat2...bahawa apa yang Allah SWT berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita...kita hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukannya... Bersyukur, dengan apa yg kita ada, muhasabah diri… ada org lain yg lebih bernasib buruk dari kita.. Stop blaming Allah swt or others dan belajar mengaku silap diri sendiri... 


Kdg2 bila kita tak dapat sesuatu, kita akan cakap "Bukan rezeki!", ia sebenarnya seolah-olah "menyalahkan" Tuhan....sedangkan most of the time, Tuhan yang Maha Memberi Rezeki memang sedia kan dah rezeki tu untuk kita, tapi kita sendiri yang tidak bertindak pantas, banyaaaaak sangat memberi alasan, sayang sangaaaat nak keluar daripada "Pulau Alasan", tak nak usaha lebih sedikit untuk perbaiki hidup... atau "grab" the chance..... Senang2 sahaja kita salahkan "bukan rezeki"..... So,.... Tuhan salah bila anda yang malas?


Cara fikir yang betul adalah bila kita tidak mencapai sesuatu, cuba check diri sendiri dulu, check apa masalah kita, apa kesilapan kita, apa yang kita tidak buat untuk bertindak mencapainya.... Cari silap sendiri dan belajar daripadanya serta pastikan tidak buat silap yang sama lain kali!  Its not how much time u failed but its how much u learned from each failure matters!


Hentikanlah sikap menyalahkan orang lain di atas ketidakupayaan diri sendiri dan mulakanlah bertanggungjawab serta bertindak sekarang untuk memperbaikinya! Stop giving excuses!


Percayalah....di Vemma tiada yg GAGAL yg ada hanyalah PUTUS ASA....Ini words yg selalu kita dengar dari leader2 yg tak jemu2 nak tgk kita berjaya.


Alhamdulillah kita di bulan Sya’aban sekarang, 23  hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :-) “Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan). 


Moga Allah buka pintu hati semua untuk "melihat" "mendengar" dan "menerima" kebaikkan, tiada yg mustahil untuk dicapai dalam hidup ini selagi ianya realiti. Sya nak fight  for diamond Insyaallah, kita gegarkan VAC 15 Sept ni,  doakan sya ye sahabat2,  Smoga Allah permudahkan jalan utk kita semua... Aminnn ya robbal alamin…


Cukup dulu sampai disini, jika ada terkasar bahasa dan kurang enak di baca..saya minta maaf.. Yang baik itu datang dari Allah dan sebarang kelemahan datang dari saya sendiri.


Assalamualaikum semua terima kasih

Tiada ulasan: