Rabu, 16 Mei 2012

Kelebihan Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing)




Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing). Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepada orang biasa seperti kita? Kenapa Donald Trump dan Robert Kiyosaki akan memilih Pemasaran Rangkaian jika mereka tidak punya apa-apa? Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihannya, jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi ..
  1. Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. Ingat – Anda boleh menganggap caj ini sebagai Lesen yang perlu ada untuk memulakan perniagaan anda!
  2. Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.
  3. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .
  4. Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif - Apabila anda menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!
  5. Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
  6. Masa yang fleksibel – Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
  7. Bekerja secara Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.
  8. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.
  9. Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.
  10. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!
  11. Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (‘Cash Flow’) perniagaan anda. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
  12. Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
  13. Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.
  14. Pembangunan diri yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
  15. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’  atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Perniagaan Pemasaran Rangkaian  adalah berdasarkan perniagaan membinahubungan!
  16. Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila masa sahaja -Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
  17. Perniagaan yang boleh diwariskan - Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda.
Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Pilihan ditangan anda..

NETWORK MARKETING



Tiada ulasan: